Jumaat, 21 Jun 2013

HIZBUL BAHR (HIZIB BAHAR)


Hizbul Bahr حِزب البحر atau Hizib Bahar merupakan antara hizib yang termasyhur seperti Hizib Nanawi, Ratib Al Haddad dan lain-lain. Tujuan pengamalan hizib-hizib ini ialah untuk membawa diri seseorang untuk lebih dekat dan rapat dengan Allah azza wa jalla di samping mengharapkan keredhaan Allah dalam mengamalkannya.

 Dengan hizib kita boleh memohon agar disampaikan hajat, diluaskan rezeki, keselamatan diri dan berbagai lagi manfaat kerana di dalam hizib tersebut terdapat zikir dan doa-doa.Seperti Ratib Al Haddad yang dikarang boleh Al-Imam Al-Qutub Abdullah bin Alawi Al-Haddad iaitu merupakan wali qutub pada zamannya, Hizib Bahar ini diilhamkan Allah kepada seorang lagi wali qutub pada zamannya iaitu Al-Imam Al-Qutub Abu Hassan Asy-Syazuli yang nasab keturunannya sampai kepada Sayyiduna Hasan bin Ali Bin Abu Thalib, suami Fatimah binti Muhammad bin Abdullah, Kekasih Allah.

Sejarah Hizib Bahar ini tercipta ketika mana Imam Abu Hassan Asy-Syazuli ingin menunaikan haji di Makkah. Rombongan bersiap siaga untuk kelengkapan bermusafir dan menuju haji di Makkah. Mereka menggunakan jalan laut untuk ke Makkah. Mereka menaiki sebuah kapal yang nakhodanya merupakan seorang Nasrani.Ketika di tengah-tengah laut, angin tidak bertiup seperti biasa. Ini menyukarkan perjalanan untuk sampai ke Makkah. Bukan setakat sehari, malah berhari-hari.

 Semua anak kapal menjadi gelisah. Hal ini menyebabkan pertolongan Allah datang kepada mereka melalui mimpi Al-Imam Abu Hasan Asy-Syazuli yang bertemu dengan Rasulullah dan Baginda dalam mimpi tersebut mengajarkan Al-Imam Abu Hasan Asy-Syazuli akan hizib ini.Selepas sedar dari lelapnya, Al-Imam Abu Hasan Asy-Syazuli terus membaca hizib ini. Dan dengan berkat bacaan hizib tersebut maka pertolongan Allah pun tiba di mana angin mula bertiup kembali. Malah angin tersebut membuatkan perjalanan semakin singkat. Disebabkan kejadian ini, nakhoda kapal yang beragama Nasrani itu memeluk agama Islam.

Doa dan zikir ini kemudian diabadikan oleh Al-Imam Abu Hasan Asy-Syazuli dan diajarkan kepada anak-anak murid dan kemudian diberi nama Hizbul Bahr iaitu Doa atau Senjata Laut. Wasiat Al-Imam Abu Hasan Asy-Syazuli,“Suruhlah anak-anak kalian menghafal hizib ini kerana di dalamnya terdapat nama Allah Yang Maha Agung”

.Dalam bidang rawatan spiritual, Hizib Bahar juga boleh dibaca kepada pesakit yang kerasukan, boleh dibaca untuk membuat air penawar dan berbagai lagi faedah yang hanya diketahui oleh pengamalnya.

Jumaat, 14 Jun 2013

PUKULAN JARAK JAUH


Pukulan Jarak jauh adalah salah satu kaedah bela diri Tenaga Dalam melalui olahan nafas, jurus, Zikir dan Doa (amalan kerohanian)

"Hai orang-orang yang beriman, alabila kamu bertembung dengan segolongan musuh, maka tetaplah kamu (jangan mundur). Dan ingatlah ALLAH sebanyak-banyaknya, niscaya kamu akan berjaya". (surah Al-Anfal ayat45) 

"Bahkan! jika kamu sabar dan bertakwa, sedang mereka (musuh) datang kepada kamu menyerang dengan cepatnya, niscaya Tuhan kamu akan membantu kamu dengan 5000 malaikat yang mempunyai tanda (logo pasukan masing-masing)". surah Ali Imran ayat 125.

"Maka jika ada daripada kamu 100 orang yang sabar, niscaya dapat mengalahkan 200 musuh, dan jika ada daripada kamu 1 000 niscaya dapat mengalahkan 2 000 (musuh) dengan izin Allah, dan Allah berserta dengan orang-orang yang sabar". (surah Al-Anfal ayat 66)

"Dan bagi Allah tentera langit dan bumi, dan adalah Allah maha Perkasa Lagi Maha Bijaksana". (surah Al-Fath ayat 7)

"(Ingatlah) ketika Tuhan mu wahikan kepada malakat: "Sesungguhnya Aku menyertai kamu (memberi pertolongan), maka tetapkanlah (hati) orang-orang yang beriman. Aku akan mengisi hati orang-orang yang kafir dengan perasaan gerun; Oleh itu, pancunglah leher mereka (musuh) dan tetaklah tiap-tiap anggota mereka" (surah Al-Anfal ayat 12)

Pukulan Jarak Jauh ini boleh dipelajari di...
BENGKEL METAFIZIK QUANTUM HIKMAH

Isnin, 10 Jun 2013

KHASIAT TERAS GEMUNGGAL ASLI




TERAS GEMUNGGAL

Teras Gemunggal, "Raja Sekalian Teras Kayu". Yang Ditunggu-Tunggu Oleh Peminat Teras KayuBerENERGI (Kayu Bertuah) Yang Efeknya Secara ALAMI. Kebal Asid & Kebal Atraktif*** Langsung Diuji. Uji Dulu Dengan Asid Sebelum Beli Untuk Memastikan Teras Gemunggal Asli.


PERHATIAN: MASTER FARHAN MERUPAKAN WAKIL/PENGEDAR YANG SAH TERAS GEMUNGGAL ANUGERAH AGUNG GRED “A” YANG DILANTIK SENDIRI OLEH DR.MOHAMAD RIZAL BIN ROSDI PH.D SELAKU PENGASAS PERGURUAN HAQ ANUGERAH AGUNG.
*** Kebal Atraktif adalah Kebal Tetak, Kebal Senjata Tajam & Tumpul


Pengenalan


Setiap ciptaan Allah SWT mempunyai pelbagai rahsia dan kelebihan yang tersirat. Sinaran matahari dan titisan hujan menyuburkan bumi yang tersimpan padanya pelbagai rahsia unik. Kemudian dari pelbagai ciptaanNya itu disertakan khasiat yang tersendiri. Tiada suatu pun makhluk yang Allah ciptakan di alam ini melainkan bersamanya turut tersimpan seribu satu rahsia. Allah SWT memerintahkan manusia mencari dan mengkaji bagi mengetahui hikmah dan khasiat yang terkandung di dalamnya. Dengan taufik dan hidayahNya, manusia mampu berfikir dan mendapat petunjuk dalam usaha menerokai khazanah Allah SWT lalu menemui pelbagai hasil galian dan tumbuhan semulajadi yang bermanfaat.

Kesemua ciptaan Allah SWT hanyalah merupakan perantaraan semata. Allah SWT jualah yang berkuasa mutlaq atas segalanya. YAKIN dan berserah hanya kepada Allah SWT selayaknya.PERCAYA dan terokailah akan ciptaanNya yang mempunyai pelbagai rahsia dan kelebihan .
Teras Gemunggal wajar dimiliki oleh setiap individu sepertimana perlunya kotak ‘First Aid' sebagai persediaan di saat kecemasan atau darurat..
Teras Gemunggal / Galih Kelor
Anugerah Agung Gred 'A'

Teras Gemunggal merupakan Teras Kayu BerEnergi adalah terdiri dari sejenis kayu yang secara kudrati mengandungi 'DAYA KEKUATAN ENERGI" atau Potensi Supernatural dan bukan hasil dari pengisian oleh manusia. Semata-mata ciptaan Allah SWT.

Kekuatan, daya, potensi dan energi kayu-kayu tersebut perlu diketahui, dicermati untuk dapat dipergunakan sebagai kelengkapan manusia dalam kehidupan sehari-hari agar manusia rahayu dalam melaksanakan kehidupan serta mengembangkan kehidupan.

Pancaran energi kayu tersebut dapat dipelajari dan diketahui dengan berbagai cara. Pengetahuan tentang kayu berenergi ini sudah terkenal sejak zaman dahulu lagi. Ianya boleh digunakan untuk membuat rawatan bagi pelbagai penyembuhan, pemagaran, benteng diri, pelarisan, pengasihan dan banyak lagi kelebihan.
Fahami Hakikat Pemakaian Batu Cincin dan Permata

Sebagai seorang muslim kita mesti meletakkan 100% pergantungan kita kepada Allah SWT. Tidak ada sesuatu pun yang dapat mendatangkan kebaikan kecuali dengan izin Allah dan tiada suatupun yang dapat membawa mudharat melainkan dengan izin Allah jua. Pemakaian dan penggunaan batu ataupun apa saja benda-benda yang mempunyai kelebihan padanya (dengan izin Allah) adalah tidak salah, akan tetapi mestilah benar-benar/ sungguh difahami dan yakin akan hakikat penggunaan / pemakaiannya.

Pemakaian dan penggunaan batu hanyalah salah satu cara/ usaha untuk mencapai tujuan masing-masing. Sama juga dengan penggunaan ubat (ubat dari hospital atau ubat tradisional dari akar-akar kayu) apabila kita mengalami sakit kepala atau sakit-sakit lain. Kita hanya berusaha dengan kelebihan/ sifat yang ada pada ubat tersebut untuk menghilangkan sakit tetapi kuasa untuk meyembuhkan adalah dalam kekuasaan Allah, jika Allah mahu nescaya sembuhlah kita dari sakit dan begitulah juga sebaliknya.

Batu atau kayu atau apa-apa saja benda yang istimewa adalah anugerah Allah yang sememangnya tidak sia-sia penciptaannya. Seperti garam yang bersifat masin, begitulah juga batu-batu yang istimewa ini bersifat dengan sifat yang wujud padanya masing-masing. Hanya orang yang tahu (berilmu) sahaja yang dapat mengambil manafaat daripadanya. Silalah fahami bahawa Batu-batu tersebut tidak mempunyai kuasa. Batu-batu tersebut hanyalah mempunyai kelebihan/ keistimewaan dengan sifat yang ada padanya tetapi kuasa mutlak adalah ditangan Allah. Jadi janganlah lari daripada penggantungan kita sepenuhnya kepada Allah jua. Semoga anda semua mendapat kefahaman yang sungguh tentang hakikat pemakaian batu permata dan beroleh kejayaan dalam cita-cita serta tujuan anda selagi anda tetap diatas jalan Allah. Amin

Teras Gemunggal / Gemunggar / Ramunggar / Ramunggai / Munggai / Kelor / Kelo / Kilo (Moringa Oleifera)
Nama sains bagi merunggai ialah Moringa Oleifera dan sinonim dengan Moringa Ptergyosperma.Merunggai juga dikenali dengan nama gemunggal,ramunggai, rembugai, lembugai, pemanggai dan kacang kelur. Pokok ini berasal dari India dan sekarang banyak ditanam di pelbagai kawasan tropika dan subtropika, terutama di Asia disamping benua Amerika seperti Florida di Amerika Syarikat, Mexico, Peru, Paraguay, Brazil, Venezuela, Hindi Barat, Kepulauan Turki dan Caicos.

Merunggai mempunyai pelbagai kegunaan sebagai ubat tradisional. Daun merunggai dikatakan boleh mengubati buah dada yang bengkak, terutama dikalangan ibu yang baru bersalin. Ia diubati dengan cara menyapu daun yang ditumbuk lumat pada bahagian yang bengkak. Bagi memulihkan badan ibu, akarnya ditumbuk dan disapu pada perut ibu yang baru bersalin sebagai bebat. Makanan daripada daun merunggai dan buah merunggai boleh bertindak sebagai pelawas sembelit. Daun dan akar juga boleh digunakan untuk mengubati penyakit sifilis dan busung darah. Manakala daunnya dimakan untuk mengubati penyakit gonorea.
Dalam perubatan India, akar merunggai digunakan sebagai ubat sapu pada bengkak atau bisul yang dalam. Daunnya pula dijadikan penawar gigitan anjing, muntah-muntah, dan mengurangkan aliran susu ibu. Di Jawa, akar merunggai digunakan untuk mengubati rasa kebas, penyakit beri-beri, dan pelbagai penyakit kulit. Batang pokok yang luka mengeluarkan sejenis gam yang berguna sebagai ubat di India dan Jawa. Orang India menggunakan gam ini untuk mengubati kelenjar yang bengkak. Orang Jawa pula menggunakan gam ini bagi mengubati sakit usus.

Di kawasan Amerika Tengah, terutamanya di Curacao, akar merunggai sepanjang 15 cm diambil, dicuci bersih dan cecair di dalam akarnya itu dihisap; cecair ini didapati boleh menjadi penawar selesema. Di Guetamala, kulit dan akar yang dihancurkan dijadikan ubat sapu, bijinya dibancuh seperti teh dan diminum untuk melegakan demam panas dan juga pelawas buang air besar. Di Nicaragua danEl Salvador , akar yang kering digunakan sebagai penawar untuk mengubati penyakit malaria dan masalah buah pinggang. Orang Puerto Rico memakan daun merunggai sebagai pelawas buang air besar. Di Pulau Caicos, air rebusan bunga diminum sebagai penawar batuk.

Di Bahamas, air rebusan bunga merunggai ini dicampur dengan limau nipis sebelum diminum untuk tujuan yang sama. Orang Aruba menghancurkan biji merunggai dan menyapunya pada bahagian badan yang ada ketuat untuk mernghilangkan ketuat itu. Di Venezuela, air rebusan biji dan daun merunggai diminum sebagai julap dan untuk mengeluarkan cacing yang ada di dalam perut dan usus.Orang Bahamas dan Jamaica merendam kulit merunggai di dalam alkohol dan menggunakannya sebagai ubat sapu bagi melegakan sakit kepala dan sakit-sakit badan. Orang Curacao merendam akar yang telah dihancurkan di dalam rum dan digunakan sebagai ubat sapu bagi menyembuhkan sakit otot jenis reumatisme.

Pokok Gemunggar/Gemunggal ( istilah Pantai Timur; asal perkataan India ) atau Kilo/Kelo/Kelor ( istilah yang lebih dominan di alam Melayu ) merupakan sejenis pokok yang tidak asing lagi bagi masyarakat di nusantara ( Pattani, Malaysia & Indonesia ). Dikenali juga dengan nama Moltong, Keloro, Kawano, Ongge dan Hau Fo. Ianya banyak di tanam di tepi-tepi rumah atau pondok pengajian dan boleh dijumpai di tepi-tepi jalan terutamanya di kawasan kampung. Daunnya berbentuk bujur telur dengan ukuran kecil-kecil tersusun majmuk dalam satu tangkai. Kelor berbunga sepanjang tahun dengan aroma semerbak, berwarna putih kekuningan dengan tudung pelepah bunganya berwarna hijau. Pucuknya yang masih muda digoreng bersama telur, manakala buahnya (i.e., berbentuk tiga/empat segi panjang) biasa dimasak kari. Batang kayunya getas (mudah patah). Ia asalnya sejenis pokok yang lembut dan tidak berteras.

Teras Gemunggar / Gemunggal atau Teras Kilo / Kelo / Kelor merupakan salah satu daripada jenis teras terpilih yang amat masyhur dengan keberhajatan masyarakat nusantara terhadapnya. Di Indonesia, Teras Gemunggal juga di kenali sebagai Gheli Maronggi ( Madura ) dan Galih Kelor ( Jawa ). Umumnya, terdapat 3 jenis Teras Gemunggal/Kelor berdasarkan asal tempat pokok Gemunggal / Kelor di tanam atau dijumpai, iaitu:
Gemunggar / Kelor Kampung : Urat-uratnya yang sangat indah seakan urat tangan manusia. Keratan rentas gelang uratnya bersambungan tidak putus dan halus seratnya. Ianya berwarna koko-coklat jika yang masih muda, dan kehitaman jika sudah tua. Warnanya juga akan berubah daripada koko-coklat kepada warna coklat-kemerahan dan seterusnya menjadi kehitaman sekiranya sentiasa digunapakai seperti dalam bentuk cincin, gelang tangan dan tasbih untuk berzikir. Jika direndam dalam air, herba daripada terasnya akan menyebabkan warna air berubah menjadi seperti warna air teh. Sekiranya direndam dalam tempoh yang lebih lama lagi, maka air tersebut akan berubah menjadi lebih pekat serta kelihatan seperti kebiru-hijauan. Air asahan akar pokoknya sedikit pedas dan hawa-hawa panas. Umumnya, jenis ini timbul jika direndam dalam air .

Gemunggar / Kelor Bukit : Susunan lapisan uratnya sederhana halus (warna koko/coklat) dan terdapat urat bercecuruk kasar (warna kelabu/putih). Kayunya hampir sama dengan Kayu Kokka yang tua. Air rendamannya tidak berwarna. Daun pokoknya lebih besar daripada jenis yang kampung. Umumnya jenis ini tenggelam jika direndam dalam air. Kayunya sangat keras dan liat. Terdapat juga Teras Gemunggar/Kelor Bukit yang uratnya seperti jenis yang kampung.

Gemunggar / Kelor Pulau : Keratan rentas gelang uratnya terdapat putus-putus, halus serat dan uratnya serta berwarna putih / cerah dan kemerahan muda/tua. Terasnya lebih ringan. Air rendamannya tidak berwarna. Umumnya, timbul jika direndam dalam air. Petua orang tua-tua menyebut “ Pokok ubat yang tumbuh di pulau kecil dikelilingi air laut adalah lebih berkhasiat daripada yang tumbuh di daratan luas ”
Jika dibelah dengan parang/kapak, biasanya Teras Gemunggar / Kilo akan pecah dan serpih dengan tidak menentu, kerana uratnya yang berselirat dan berpusar tanpa ada satu pola yang tetap, walaupun hanya sepotong terasnya yang kecil. Gergaji paling sesuai digunakan jika ingin memotong Teras Gemunggar / Kilo . Ianya juga tidak sesuai dibentuk dengan mengisit menggunakan parang. Ketiga-tiga jenis Teras Gemunggar / Kelor berbeza dari segi urat, serat, berat, warna dan kekerasannya; secara umumnya.
Kelebihan Teras Gemunggal Menurut Kitab Ensiklopedia Herba-Herba

Dalam Kitab Ensiklopedia Herba-Herba Sekeliling Kita susunan ‘AQ HA.S, pada mukasurat 100 dinukilkan:


Gemunggai: Remunggai, Kelor

Sejenis pokok besar berdaun kembar halus, dimana pucuknya enak disayur, berkhasiat:

Menawarkan racun dalam makanan: sebelum makan atau minum, lalukan terasnya ke atas makanan atau minuman.

Menjauhkan dari terkena hikmat sihir: terasnya dipakai menjadi permata cincin yang bersentuh dengan kulit.
Menjauhkan rumah dari gangguan hantu yang membawa penyakit, dan sihir: dengan menanamkan pokok ini di empat penjuru rumah.

Menakutkan ular-ular dan binatang-binatang bisa: dengan memakai terasnya sebagai cincin.
Mengeluarkan raksa daripada tubuh: bila memakai terasnya.

Sakit mata:daunnya 3 ranting kecil dilumat diandunkan dengan 1 gelas air dan heningkan; ditapis dan dititikkan ke dalam mata.

Rabun ayam: daunnya 3 ranting kecil dilumat, dituangkan 1 mangkuk air masak dan ditapis; kemudian diandunkan dengan madu 3 sudu, diminum sebelum tidur.

Sakit kuning: daunnya 7 ranting kecil dilumat dan dimasukkan 1 gelas air kelapa; ditapis dan diadunkan dengan 7 sudu madu, diminum 3 kali sehari.

Sengal tulang: daunnya 3 ranting kecil dilumatkan bersama ½ sudu kapur makan, dibuat gosok.

Alergi (alahan): daunnya 3 ranting kecil, bawang merah 1 ulas, biji adas dan akar mempelas direbus dengan 2 gelas air sehingga tinggal lagi separuh dan ditapis, diminum 2 kali sehari 1 mangkuk kecil.

Memusnah cacing: daunnya 3 ranting kecil, daun lada 1 ranting kecil dan 3 batang Dukung Anak direbus dengan 2 gelas sehingga tinggal lagi separuh dan ditapis, diminum sebelum tidur.

Luka bernanah: daunnya 7 ranting kecil dilumatkan ditempel.

Sukar membuang air kecil: daunnya 3 ranting kecil dilumat dan diperah dicampur dengan perahan air mentimun atau lobak Merah, sama banyak antara ketiga; diadun dan dicampur 1 gelas air dan ditapis; diminum 3 kali sehari.

Menjauhkan dari kecurian: bila meletakkan terasnya dalam rumah atau dalam kenderaan, insya Allah.
Sengal tulang: daun mudanya diremuk dicampur kapur makan, digosokkan.

Bengkak: daun mudanya diremuk dan ditempelkan ditempat sakit.

Mengurangi rasa sakit: Untuk keduanya- daun mudanya diremuk dan ditempelkan di tempat sakit. Juga kulitnya diremuk dan dicampur sedikit kapur makan, ditempelkan

Pitam, pengsan (Epilepsi): akarnya diasah dibuat basuh kepala.

Busung (Odeem): akarnya dan kulit serta akar pepaya dilumat dicomor.

Beri-beri:akarnya direbusdan diminum.

Kencing Bernanah (Gonorrhoea): akar dan daunnya direbusdan diminum setiap 3 jam sekali.
Kurap: daunnya digosokkan dengan kapur.


Dan pada mukasurat 135…
Kelor: Gemunggai, Remunggai, Merunggai

Sejenis pokok yang mempunyai khasiat yang agak ganjil:
Lekat uri (sak: tembuni): Terasnya direndam kira-kira 2 minit, maka diminum.
Budak menangis-nangis: Terasnya diasah dan diberi minum.
Memudah lepas susu anak: Terasnya diasah dengan sedikit garam, dibubuh pada tetek ibu.
Bisul: Terasnya diasah, dicomor pada mata bisul.
Ditakuti hantu: Terasnya dijadikan cincin dipakai pada jari manis.
Kena santau, racun dan bisa dalam tubuh: Terasnya direndam dalam air kelapa kira-kira 3 minit, diminum.
Digigit ular,lipan: Terasnya diasah dan dicomor pada tempat yang kena gigit.
Khasiat / Kelebihan Teras Gemunggal / Galih Kelor Anugerah Agung Gred 'A'
Menurut Pemilik Teras Gemunggal Anugerah Agung, Dr.Mohamad Rizal Bin Rosdi Ph.D menyatakan tentang Teras Gemunggal ini sukar sekali untuk diperolehi apatah lagi untuk dimiliki. Saya bersyukur kepada Allah apabila memiliki teras kayu yang saya sifatkan begitu berguna sekali dan menyimpan seribu satu misteri.Pelbagai gelaran yang diberikan oleh orang ramai yang mengetahui tentang keistimewaan teras ini antaranya Batu Cincin Kebal dll.Khazanah Alam kurniaan Allah ini dikatakan amat berguna dalam pelbagai keadaan.


Dalam Kidung Sunan Kalijaga & Penelitian Ilmiah

Dalam sebuah kidungnya, Sunan Kalijaga menyebut “kayu bertuah” dengan istilah kayu aeng . Sakèhing wisa tawa/Sato galak tutut/Kayu aèng lemah sangar……Yang ertinya : Segenap racun menjadi tawar/Binatang buas menjadi jinak/Pohon ajaib, tanah angker …. dst.. Ertinya, keberadaan energi (positif / negatif) pada kayu-kayu tertentu juga diyakini berdasarkan pandangan mata batin orang-orang yang memiliki indera keenam.

HASIL PENELITIAN tahun 1987-1989 di Fakulti MIPA UGM (Universiti Gajah Mada) oleh drh. Oentoro dkk, dengan Chronometer menunjukkan energi yang terdapat pada “Kayu Bertuah”, besarnya dua kali ganda dibanding energi Tosan Aji atau Pusaka. Jika energi pusaka pada level 50, energi kayu “bertuah” mencapai level 100.

Ketika masih hidup, kayu “bertuah” mengandung zat netrogenium sangat tinggi dan memiliki kekuatan pemancar. Misalnya, Anda ingin selamat dari kejahatan, maka kayu tersebut menjadi pemancar dari niat Anda.

Kayu memancarkan energi (nur / cahaya). Cahaya memiliki frekuensi sangat tinggi dan gelombang molekul ion yang jika dipicu dengan doa, frekuensinya menjadi lebih kuat dan menimbulkan aura. Cahaya rumusnya 328 tahun suara sehingga logik manusia tidak dapat menjangkau.

Kerana itu, walau secara alami kayu “bertuah” sudah memiliki energi, seseorang yang menggunakannya sebagai sarana penyembuhan, jaga diri, membangkitkan energi batin, disarankan tetap memperkuat keyakinannya.

Antara khasiat Teras Gemunggal Anugerah Agung :

Kelebihan Teras Gemunggal memiliki khasiat semulajadi diantaranya kebal senjata,asid,benteng diri,penawar racun, penawar bagi gigitan serangga berbisa seperti ular, lipan, dan lain-lain. Selain ini teras gemunggal ini dikatakan mempunyai kuasa spiritual atau Aura yang mampu menghalang pemiliknya terkena sihir atau niat jahat seseorang kepada si pemakai dengan keizinan Allah

Teras Gemunggal boleh disimpan di dalam rumah sebagai pendinding daripada dimasuki pencuri, perompak, penyamun atau sesiapa sahaja bertujuan datang ke rumah dengan niat jahat.
Kehebatan Teras Gemunggal ini dikatakan menjadi rebutan para datin-datin yang bimbang suami akan bermain kayu tiga. Ianya didakwa selain boleh menghalang ilmu hitam atau sihir terkena pada kita, malah ianya dapat menambahkan kasih sayang suami terhadap isteri.

Kehebatan kayu gemunggal ini bukan sahaja menjadi buruan kaum lelaki tetapi kaum wanita pun turut mencarinya. Ini disebabkan oleh kelebihan semulajadi kayu tersebut yang dapat membantu wanita bagi melembutkan hati lelaki. Khasiat kayu gemunggal ini baik untuk anak dara dan yang belum kahwin.
Bagi kalangan isteri pula, ianya amat berguna sekali bagi menyejukkan hati suami. Lebih-lebih lagi sekiranya anda merupakan isteri kedua, ketiga, keempat.

Teras Gemunggal itu apabila dipakai pada tubuh badan seseorang mampu menjadi kebal dalam sekelip mata dan boleh mengelak daripada dikesan pihak musuh (sesuai untuk polis, tentera, pengawal keselamatan dan sesiapa sahaja yang memerlukan)

Teras Gemunggal sekiranya dipakai ketika orang hendak menyusahkan kita, insya Allah mereka tidak akan terdaya.

Teras Gemunggal sememangnya telah menjadi rebutan kalangan pengamal perubatan, bomoh-bomoh serta guru silat,ahli korporat dll sejak dahulu lagi disebabkan ianya memiliki berbagai-bagai keistimewaan tersendiri.

Diguna oleh ramai kalangan VIP terutama Dato-Dato yang mementingkan keselamatan diri.Ini kerana Kayu Gemunggal yang dibuat dalam bentuk permata cincin mempunyai ciri-ciri semulajadi kekebalan bagi sesiapa yang memakainya.

Menawarkan racun dalam makanan: sebelum makan atau minum, lalukan terasnya ke atas makanan atau minuman.

Menjauhkan dari terkena hikmat sihir: terasnya dipakai menjadi permata cincin yang bersentuh dengan kulit.

Menjauhkan rumah dari gangguan hantu yang membawa penyakit, dan sihir: dengan menanamkan pokok ini di empat penjuru rumah.

Menakutkan ular-ular dan binatang-binatang bisa: dengan memakai terasnya sebagai cincin.

Mengeluarkan raksa daripada tubuh: bila memakai terasnya.

Lekat uri (sak: tembuni): Terasnya direndam kira-kira 2 minit, maka diminum.

Budak menangis-nangis: Terasnya diasah dan diberi minum.

Memudah lepas susu anak: Terasnya diasah dengan sedikit garam, dibubuh pada tetek ibu

Bisul: Terasnya diasah, dicomor pada mata bisul.

Ditakuti hantu: Terasnya dijadikan cincin dipakai pada jari manis.

Kena santau, racun dan bisa dalam tubuh: Terasnya direndam dalam air kelapa kira-kira 3 minit, diminum.

Digigit ular, lipan: Terasnya diasah dan dicomor pada tempat yang kena gigit.

Khasiat lain teras gemunggal ialah mengaktifkan ketajaman gerak hati (Indera Ke-enam), kewibawaan dll.

Kemuncak kelebihan teras Gemunggal ini ialah sipemakainya akan dikurniakan ketahanan kulit dari ancaman asid dan perkara yang sewaktu dengannya.

Perkara ini boleh diuji sendiri oleh sesiapa juga dengan mengambil sebotol asid dan cuba mencelupkan jari anda ke dalam asid tersebut. Tetapi mestilah memakai Teras Gemunggal tersebut terlebih dahulu. Awas, jika anda tidak memakai Teras Gemunggal tersebut, jari anda mungkin akan hancur!

Sesungguhnya Allah SWT jualah yang Maha Berkuasa atas segalanya.

Menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya serta sentiasa mengingati Allah SWT dan mohon kepadaNya adalah penting dalam memperoleh keselamatan serta kesejahteraan di dunia dan akhirat.Yang baik itu datangnya dari Allah SWT dan yang buruk itu adalah dari kelemahan kita sendiri.
Semoga dapat dimanfaatkan demi Agama, Diri, Keluarga dan Negara, INSYA ALLAH.
Berhati-hati dengan gemunggal tiruan Untuk mendapatkan Teras Gemunggal Anugerah Agung Asli,sila datang langsung atau memesan dari Dr.Mohamad Rizal Bin Rosdi Ph.D pemilik asal Teras Gemunggal Anugerah Agung gred “A ”. Kepada yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang fidyah penebus Permata Teras Gemunggal dan program-program lain yang ditawarkan, sila hubungi saya di talian 6012-8802035 (super hotline) & sila layari website saya.


PERHATIAN:

SILA DAPATKAN TERAS GEMUNGGAL ANUGERAH AGUNG GRED "A" DARIPADA WAKIL/PENGEDAR SAH YANG KAMI LANTIK SEPERTI NAMA YANG TERSENARAI DI ATAS SAHAJA,JIKA ANDA MENDAPATI TERDAPATNYA PIHAK-PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB MENGGUNAKAN NAMA "TERAS GEMUNGGAL ANUGERAH AGUNG GRED "A" ATAU NAMA DR.MOHAMAD RIZAL BIN ROSDI PH.D ATAU ANUGERAH AGUNG/ANUGERAH AGUNG SPIRITUAL DEVELOPMENT CENTRE ATAU PUSAT RAWATAN MADINATUL ASRAR,SILA LAPORKAN KEPADA KAMI DENGAN SEGERA DI-0128802035,TERIMA KASIH ATAS KEPRIHATINAN ANDA.KEPADA PEMINAT TERAS GEMUNGGAL ANUGERAH AGUNG,SILA "PASTIKAN" ANDA MENDAPAT TERAS GEMUNGGAL DARI SAYA SENDIRI(DR.MOHAMAD RIZAL BIN ROSDI PH.D) ATAU DARI WAKIL/PENGEDAR KAMI YANG SAH SAHAJA SEPERTI NAMA DI ATAS!!!
SAIZ & HARGA TERAS GEMUNGGAL ANUGERAH AGUNG GRED "A"
SAIZ & HARGA TERAS GEMUNGGAL ANUGERAH AGUNG GRED "A"


Harga Sebutir Cincin Permata Teras Gemunggal Anugerah Agung Gred "A" mengikut Saiz:

(1)Ukuran Saiz Biasa(sebelum dicanai):1.5cm panjang,1cm lebar,tebal 1cm)=Harga RM300

(2)Ukuran Saiz Besar(sebelum dicanai):1 inchi panjang,1.5cm lebar,tebal setengah inchi)=Harga RM500

Perhatian:Saiz kayu permata cincin Teras Gemunggal akan sedikit kecil dari ukuran di atas bila sudah dicanai dengan mesin!!!

TANDA-TANDA TERKENA SIHIR,SANTAU DAN SAKA



Tanda-tanda Terkena Sihir,Santau dan Saka....


1. Sakit kepala selepas waktu asar keatas.


2. Badan terasa berat dan malas.


3. Sukar mendapat jodoh biarpun rajin bercinta.


4. Badan terasa bisa-bisa, gatal-gatal atau miang tak tentu masa.


5. Sakit ketika ziarah orang meninggal.


6. Sukar tidur malam mimpi yang takut-takut.


7. Sakit pinggang tanpa sebab.


8. Sakit dada bila waktu asar ke atas.


9. Mimpi melihat binatang seperti ular, binatang bisa dan sebagainya.


10. Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.


11. Bermimpi di tempat tinggi dan tak jumpa jalan pulang.


12. Bermimpi di tempat yang kotor.


13. Sakit anggota badan tertentu seperti kaki terasa bahang panas selepas waktu asar.


14. Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.


15. Bayi kerap menangis bak kena sampuk.


16. Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil makin susah nak bertemu dan duduk berbicara.


17. Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.


18. Malas beribadat.


19. Nyanyuk ketika usia masih muda.


20. Panas baran tak menentu biarpun perkara remeh.


21. Sikap berubah secara mendadak. Lebih kepada watak atau moral yang rosak. Mengadu domba.


22. Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-Quran.


23. Suka melakukan tabiat buruk tak suka berkawan dengan orang budiman atau benci alim ulama.


24. Kerap sendawa bila mendengar al-Quran.


25. Kerap keguguran.


26. Gagal melakukan hubungan kelamin.


27. Mengantuk serta gelisah bila dengar al-Quran.


28. Suka tengok bulan mengambang di tingkap.


29. Darah haid turun lebih 15 hari.


30. Batuk yang berpanjangan.


31. Selalu ditindih ketika tidur.


32. Kuat berangan-angan ke arah yang karut tanpa cita-cita yang baik.


33. Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.


34. Nafsu seksual yang melampau.


35. Selalu melihat kelibat dirumah.


36. Terasa diri selalu diperhatikan.


37. Mandul biarpun telah buat pemeriksaan tubuh badan normal.


38. Kerap mendengar sesuatu bisikan. Terkadang jelas di telinga.


39. Melihat jin atau lembaga hitam secara terus.


40. Sakit mental atau gila secara tiba-tiba padahal sebelum nya amat aktif & waras.


41. Temat asyik melihat babak pergaduhan baik nyata atau lakonan di kaca TV juga filem di pawagam. Benci drama keluarga bahagia, drama cinta yang memberikan contoh teladan yang baik.


42. Demam yang berterusan; suhu badan naik terutama ketika tengah hari, Maghrib, tengah malam dan Subuh.


43. Suka tengok cermin lama - lama.


44. Sakit kepala, sesak nafas, sakit macam-macam tetapi apabila pergi jumpa doktor, doktor kata takde apa-apa, normal. 


45. Bila x-ray, terjumpa macam2 benda2 yang mustahil masuk dalam badan seperti staples, paku, paper clip dan sebagainya. 


46. Barang-barang electronic di rumah cepat rosak jika diguna oleh yang kena sihir. (Seperti TV, radio, mesin basuh, komputer dll)


47. Duit asyik hilang di rumah tanpa sebab; seolah-olah ada toyol yang mencurinya.


48. Kerap bunyi guli atau kerusi ditarik di atas siling rumah. 


49. Tak suka duduk rumah. Lebih suka dan tenang di luar rumah. 


50. Dengar orang yang dikenali (misalan: adik, abang, suami isteri... dll) panggil tapi tengok tak ada orang. 


Sabtu, 8 Jun 2013

KEAJAIBAN ANGKA 7 DALAM AL-QURAN


Allah menciptakan tujuh langit dan berulang-ulang menyebutkannya sebanyak tepat tujuh kali. Ketujuh ayat tersebut adalah:
1ـ ﴿ثُمَّ اسْتَوَى إِلَى السَّمَاء فَسَوَّاهُنَّ سَبْعَ سَمَوَاتٍ﴾ [البقرة : 29].
“dan Dia berkehendak (menciptakan) langit, lalu dijadikan-Nya tujuh langit”
2ـ ﴿تُسَبِّحُ لَهُ السَّمَوَاتُ السَّبْعُ وَالأَرْضُ وَمَن فِيهِنَّ﴾ [الإسراء : 44].
“langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah”
3ـ ﴿قُلْ مَن رَّبُّ السَّمَوَاتِ السَّبْعِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ﴾ [المؤمنون : 86].
“Katakanlah: "Siapakah yang Empunya langit yang tujuh dan yang Empunya 'Arsy yang besar?"
4ـ ﴿فَقَضَاهُنَّ سَبْعَ سَمَوَاتٍ فِي يَوْمَيْنِ﴾ [فصلت : 12].
“Maka Dia menjadikannya tujuh langit dalam dua masa”
5ـ ﴿اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ سَبْعَ سَمَوَاتٍ وَمِنَ الْأَرْضِ مِثْلَهُنَّ﴾ [الطلاق : 12].
“Allah-lah yang menciptakan tujuh langit dan seperti itu pula bumi.“
6ـ ﴿الَّذِي خَلَقَ سَبْعَ سَمَوَاتٍ طِبَاقاً﴾ [الملك : 3].
“Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis“
7ـ ﴿أَلَمْ تَرَوْا كَيْفَ خَلَقَ اللَّهُ سَبْعَ سَمَوَاتٍ طِبَاقاً﴾ [نوح : 15].
“ Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah menciptakan tujuh langit bertingkat-tingkat?”

ATOM KENYATAAN DALAM AL-QURAN




Setelah para ilmuwan meneliti secara mendalam ke dalam atom dan mereka menemukan terdapat di dalamnya benda-benda lebih kecil dari atom yang disebut dengan elektron, dan dari elektron ini terdiri dari beberapa benda yang disebut dengan quark, dan kemudian masuk lagi ke dalam quark dan mereka berpendapat bahwa benda tersebut terdiri dari partikel-partikel yang sangat kecil yang mereka sebut super-string (dari segi mikro dan presisi). Ada sebuah ayat dalam kitab Allah merujuk pada segala sesuatu yang lebih kecil dari atom, diantaranya adalah string ini! Allah berfirman:

وَمَا يَعْزُبُ عَنْ رَبِّكَ مِنْ مِثْقَالِ ذَرَّةٍ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَلَا أَصْغَرَ مِنْ ذَلِكَ وَلَا أَكْبَرَ إِلَّا فِي كِتَابٍ مُبِينٍ

“Kamu tidak berada dalam suatu Keadaan dan tidak membaca suatu ayat dari Al Quran dan kamu tidak mengerjakan suatu pekerjaan, melainkan Kami menjadi saksi atasmu di waktu kamu melakukannya. tidak luput dari pengetahuan Tuhanmu biarpun sebesar zarrah (atom) di bumi ataupun di langit. tidak ada yang lebih kecil dan tidak (pula) yang lebih besar dari itu, melainkan (semua tercatat) dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfuzh)”. (Yunus:61) 

Ayat ini membuktikan keakuratan ilmiah dari Al-Qur'an Al-Karim.