PENGENALAN



Al-Quran Ini adalah kitab yang terakhir yang Allah swt turunkan kepada Junjungan besar kita Nabi Muhammad saw dan inilah yang dikatakan mukjizat yang utama kepada seorang Nabi, sedangkan  Nabi2 sebelum baginda pun Allah swt ada turunkan kitab tetapi kehebatan Al-Quran mengatasi semuanya itu sehingga dikatakan ianya sebagai mukjizat yang paling utama dan besar.

Kita disuruh membaca dan mengamalkan apa yang terkandung didalam Al-Quran kerana iaanya adalah satu pedoman, petunjuk dan pengubat yang tersohor. Begitu banyak rahsia yang terkandung didalamnya,setiap huruf dan ayat mengandungi hikmah yang amat besar.

Kebanyakan diantara kita hanya membacanya tanpa mengetahui isi maknanya dan jika hendak memahaminya maka kita perlu merujuk kepada terjemahannya. Apakah rahsia al-Quran sebenarnya dan apakah faedahnya buat kita bagi tujuan dunia dan akhirat sehinggakan ada diantara kita yang mengunakan ayat2 al-Quran bagi pelbagai tujuan dunia dan akhirat. Apakah rahsianya dan dimana kah rahsianya.

Disini disebut beberapa khasiat Ayat2 al-Quran...

Imam Qurtubi berkata:

Harus menjampi dengan ayat2 Allah dan Nama2nya. Kalau ianya diambil dr Hadis maka hukumnya sunat.


1. Khasiat Al-Quran:


عليكم بشفاءين: العسل والقرآن
Maksudnya: Hendaklah kamu menggunakan dua penyembuh dr penyakit:1. Madu dan 2. Al-Quran.(HR Ibnu Majah)


2. Khasiat Fatihah:


في فا تحة الكتاب شفاء من كل داء
Maksudnya: Pada surah Al-Fatiha terdapat penyembuh dr semua penyakit.(HR Baihaqi).

Didalam hadis sohih seorang sahabat membaca tujuh kali Surah Fatihah kpd seorang yg dipatuk ular; lalu sembuh penyakitnya.

3. Khasiat Surah Al-Baqarah:

إن البيت الذي تقرأ فيه البقرة لا يدخله شيطان
Maksudnya: Rumah yg di bacakan surah al-Baqrah tidak dimasuki oleh syaitan.(HR Muslim).

4. Khasiat Ayat kursi.

Syaitan telah berkata kpd Abu Hurairah r.a:

إذا أويت فراشك فاقرأ آية الكرسي فإنك لن يزال عليك من الله حافظ ، ولا يقربك شيطان حتى تصبح ، فقال النبي صلى الله عليه وسلم:
(أما إنه صدقك وهو كذوب)
Maksudnya: Apabila kamu berada di tilam kamu (Nak tido) hendaklah kamu membaca Ayat Kursi. Maka sesungguhnya Allah akan sentiasa menjaga kamu dan syaitan tidak akan menghampirimu sehinggalah subuh. Lalu Nabi s.a.w berkata kpd Abu Hurairah r.a:
Syaitan bercakap benar kpdmu (tentang ayat kursi) walaupun dirinya sangat pembohong.(HR Bukhari)

5. Menghilangkan was2 dlm tauhid.

Nabi bersabda:
إذا وجدت في نفسك شيئا –يعني الوسوسة- فقل: (هو الأول والآخر والظاهر والباطن وهو بكل شيء عليم).
Maksudnya: Apabila kamu merasa was-was (tentang ketuhanan) maka hendaklah berkata: (Ayat 3 Surah Hadid).(HR Abu Daud).

6. Doa Nabi Yunus. 

Nabi bersabda:

دعوة ذي النون إذ دعا وهو في بطن الحوت: (لا إله أنت سبحانك إني كنت من الظالمين) ولم يدع بها رجل مسلم في شيء إلا استجيب له.
Maksudnya: Doa Nabi Yunus a.s ketika berada didalm perut ikan adalah(لا إله أنت سبحانك إني كنت من الظالمين) Setiap muslim berdoa dgn ayat ini akan diperkenankan doanya.(HR Tirmizi)

7. Menjauhkan gangguan Jin dan Syaitan

Ibnu Masud berkata:

Sesiapa yg membaca 4 ayat awal Surah Baqarah, Ayat Kursi, 2 ayat selepasnya dan 3 ayat akhir surah Baqarah; maka syaitan tidak akan mendekatinya dan keluarganya dan tidak ditimpa dengan perkara yg tidak diingini. Jika dibaca kpd org yg gila(yg dirasuk) pasti dia akan sedar.(HR Darimi dgn sanad yg sohih)

Insha'Allah, Semuanya akan didedahkan di dalam Hikmah Quantum Aura Quranic ....Wassalam

Hidup Cemerlang Bersama Mukjizat Al-Quran

Tiada ulasan:

Catat Ulasan