Sejarah penentangan golongan kuffar terhadap kebenaran al-Quran dan cabaran al-Quran supaya mereka mendatangkan surah-surah seperti al-Quran berlaku dalam beberapa keadaan. Mereka tidak mempercayai al-Quran bahawa ia datang daripada Allah (s.w.t).Lalu Allah (s.w.t.) mencabar supaya mereka mencipta al-Quran bermula dengan seluruh al-Quran. Kemudian cabaran supaya golongan ini datangkan sepuluh surah seperti dalamal-Quran dan terakhirnya Allah (s.w.t.) mencabar supaya datangkan satu surah seperti dalam al-Quran. Kesemua cabaran tersebut gagal dipenuhi dan mereka kalah dalam setiap cabaran. Kekalahan mereka itu telah direkod oleh Allah dengan menyatakan golongan ini tidak akan dapat melakukan selama-lamanya seumpama satu surah sepertial-Quran.
Di sini jelas bahawa kadar kemukjizatan al-Quran adalah kadar surah yang terpendek dalam al-Quran. Adapun mereka yang berkata bahawa mukjizat hanya untuk seluruh al-Quran bukan sebahagiannya adalah tidak benar. Pandangan ini dikemukakan oleh golongan Muktazilah ataupun orang yang mengatakan bahawa mukjizat al-Quran terjadi walaupun kurang satu surah, pandangan-pandangan itu adalah tersasar jauh daripada kebenaran. Dalam menentukan kadar kemukjizatan dalam al-Quran, Shaykh Manna’ al-Qattan menegaskan bahawa: “Kami tidak melihat mukjizat dalam kadar tertentu, ini kerana kami mendapati mukjizat juga terdapat dalam suara hurufnya dan juga dalam kalimah-kalimahnya. Begitu juga ia terdapat dalam ayat dan surah. Justeru al-Quran iu adalah kalam Allah (s.w.t.) dan cukup”
Mukjizat al-Quran bermaksud semua makhluk lemah dan tidak terdaya untuk melakukan apa yang dicabar al-Quran. Ia bertujuan untuk menzahirkan bahawa al-Quran itu adalah satu kebenaran dan Rasul yang membawanya juga adalah benar. Begitu jugalah keadaan seluruh mukjizat Nabi-Nabi terdahulu di mana ia bukanlah untuk melemahkan makhluk sahaja sebaliknya untuk membuktikan rasul-rasul semua adalah benar dan ajaran yang mereka bawa datang dari Allah Swt. Lantas manusia merasakan di sebalik mereka lemahmenghadapi mukjizat kepada perasaan dan keimanan bahawa mukjizat ini dating daripada Yang Maha Berkuasa dengan hikmah dan memandu mereka untuk mempercayai Rasul yang membawanya dan seterusnya mereka akan memperolehi kebahagiaan di dunia dan akhirat. Maka Kita sering mendengar ungkapan-ungkapan seperti luar biasa, ajaib, sihir,terpukau dan seumpamanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan