Ini adalah kitab yang terakhir yang Allah swt turunkan kepada Junjungan besar kita Nabi Muhammad saw dan inilah yang dikatakan mukjizat yang utama kepada seorang Nabi, sedangkan Nabi2 sebelum baginda pun Allah swt ada turunkan kitab tetapi kehebatan Al-Quran mengatasi semuanya itu sehingga dikatakan ianya sebagai mukjizat yang paling utama dan besar.
Kita disuruh membaca dan mengamalkan apa yang terkandung didalam Al-Quran kerana iaanya adalah satu pedoman, petunjuk dan pengubat yang tersohor. Begitu banyak rahsia yang terkandung didalamnya,setiap huruf dan ayat mengandungi hikmah yang amat besar.
Kebanyakan diantara kita hanya membacanya tanpa mengetahui isi maknanya dan jika hendak memahaminya maka kita perlu merujuk kepada terjemahannya. Apakah rahsia al-Quran sebenarnya dan apakah faedahnya buat kita bagi tujuan dunia dan akhirat sehinggakan ada diantara kita yang mengunakan ayat2 al-Quran bagi pelbagai tujuan dunia dan akhirat. Apakah rahsianya dan dimana kah rahsianya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan